girls, you just need to know! i don't care if you want to follow it or just ignore it! it just something-something! bla-bla, it is just a copy paste, just want to share with you! so, mari berbahasa melayu!
Sentiasa senyum bila berhadapan dengannya
Bukanlah senyum memanjang. Kan dia cakap kau ni gila. Yang penting senyum tu biar ikhlas. Senyum, tak perlu kata apa-apa.
Berperwatakan menarik di depannya
Ramai lelaki memandang luaran terlebih dahulu dari seorang wanita. Jadi penting untuk anda menonjolkan personaliti yang menarik bila bersamanya. Skema je ayat aku.
Jujur dan merendah diri
Lelaki memang suka wanita yang jujur dan tulus. Bersikap jujur dapat menarik perhatian dia lebih lama untuk cuba mengenali anda. Merendah diri juga penting sebab ramai lelaki suka gadis yang low profile.
Jangan sombong bila bersama dia
Lelaki tak suka bila ada gadis yang lebih ego darinya. Malah dia akan tercabar dengan keegoan gadis itu. Jadi belum sempat rasa sayang disemai, rasa benci akan keluar terlebih dulu.
Lakukan apa dia suka dan jangan lakukan apa dia tak suka
Yang ni bergantung kepada lelaki tu la. Aku lagi suka kalau dia jadi diri sendiri. Tapi memang betul bila kita sukakan seseorang, kita akan berubah tanpa kita sedari. Itulah kehebatan cinta.
Menggunakan bentuk badan sebagai penarik
Yang ni tak semua orang boleh buat. Ia bergantung pada keadaan. Ni macam shortcut nak pikat lelaki tapi pada masa sama mengundang kes ambil kesempatan yang memang disukai oleh ramai lelaki.
Pandai main peranan sebagai wanita bila bersamanya
Tonjolkan sifat kewanitaan anda. Contohnya bila dia bercerita tentang masalahnya, gunakan ayat-ayat lembut seorang wanita untuk menenangkannya. Mungkin dia akan perasan yang anda mengambil berat tentangnya.
Jangan terlalu mengongkong si dia
Sesiapa pun tak suka dikongkong. Jangalah sebab perkara-perkara kecil, anda menyiasat dia macam seorang pesalah penjara. Bincang betul-betul sebab setiap masalah tu ada jalan penyelesaian dia.
Jangan terlalu bergantung kepada lelaki
Jangan tak tahu, lelaki suka wanita yang pandai berdikari. Tapi ada masa bila dia menghulurkan bantuan, janganlah menolak. Tapi jangan terlalu memaksa sehingga menyusahkan dia.
Guna bahasa tubuh semasa berinteraksi
Pastikan tubuh anda tegak dan setentang bila bercakap dengannya. Jangan tunduk bawah dan lihat matanya semasa bercakap. Tunjukkan anda seorang gadis yang yakin dengan diri sendiri.
Jaga cara pemakaian anda
Seksi atau tidak, tidak sama di mata setiap lelaki. Ada lelaki yang suka wanita bertudung tapi seksi sikit-sikit sebab bagi dia, cuba melihat sesuatu yang terlindung lebih seksi daripada yang rela hati mendedahkannya.
Beri kad ucapan supaya dia sedar kehadiran anda
Ramai tak buat benda ni sebab menganggap macam ketinggalan zaman. Jadi dia guna jalan cepat melalui SMS. Cuba buat benda ni dan lihat kesan besar kad ucapan itu dalam perhubungan anda.
Lelaki memang suka wanita yang berterus terang
Jangan berkias atau cuba bagi hint tentang sesuatu perkara sebab lelaki ialah makhluk yang sangat simple. Straight to the point is the way to talk with men.
Tunjuk sifat humor anda bila bersamanya
Ini cara paling senang untuk memberitahu si dia yang kamu boleh didekati. Tapi elakkan humor berunsur lucah sebab mungkin akan menyebabkan dia menganggap kamu wanita murahan. Nak lucah boleh tapi sikit-sikit.
Jangan jual mahal bila bersamanya
Wanita memang kena berhati-hati tapi kalau dia ajak keluar makan sampai 10 kali, takkanlah semua tu anda tolak. Lelaki ni, bila dia bosan, dia tinggalkan macam tu je. Dan bila perempuan tu cari lelaki tu balik, lelaki tu akan sakitkan hati perempuan tu tanpa belas kasihan. Serius aku cakap.
Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan
Bersedia dengan setiap kemungkinan. Kalau dia bawak anda pergi makan, tunjukkan kesopanan anda. Kalau dia bawak pergi jumpa mak ayah dia, tunjukkan anda ialah Wanita Melayu Terakhir di matanya. Kalau dia bawak pergi hotel? Tunjukkan IC anda bahawa anda Islam.
Manjakan dia dengan kata-kata romantik
Lelaki memang suka dimanja cuma tak tunjuk demi menjaga ego dia. Jadi selalulah belai dia dengan kata-kata manis.
Jangan bandingkan lelaki dengan sesiapa sahaja
Ini pantang bagi seorang lelaki. Lebih-lebih lagi bila anda bandingkan dia dengan bekas kekasih anda. Tak kisahlah dia kurus, gemuk, pakai spek, rambut kerinting, naik motor vespa, atau apa saja, terimalah dia seadanya. Anggaplah kekurangan dia sebagai keunikan.
copy from http://apihelnino.blogspot.com

2 comments:
hahaha,,
tips yang menarik~~~
:)
:):):))))
Post a Comment